Kalkulator BUDI95: Kira Subsidi Petrol RON95

Kira liter & subsidi anda dengan mudah.

Liter @ RM1.99
Jumlah pada pam
Subsidi Kerajaan

Perhatian: Angka sebenar di pam mungkin sedikit berbeza disebabkan pembundaran.

Penafian: Kalkulator ini hanya anggaran dan untuk maklumat umum sahaja. Paparan keputusan ialah anggaran berdasarkan harga mengikut dasar polisi semasa (contoh: RM1.99/L, RM4.27/L, RM2.05/L) dan boleh berbeza kerana pembundaran di pam, perubahan harga, atau terma/caj stesen & sistem pembayaran. Tiada jaminan ketepatan mutlak. Sila rujuk paparan di pam untuk maklumat yang sah. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian/kerosakan akibat penggunaan kalkulator ini.

Bagaimana Kalkulator Ini Berfungsi

Kalkulator BUDI95 (fuel subsidy calculator) mengira subsidi petrol RON95 anda berdasarkan harga semasa. Harga subsidi di bawah program BUDI95 ialah RM1.99 seliter, manakala harga pasaran tanpa subsidi ialah RM4.27 seliter. Perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi ditanggung oleh kerajaan. Pada harga pasaran semasa RM4.27, subsidi kerajaan ialah RM2.28 seliter - tetapi jumlah ini berubah setiap minggu mengikut harga minyak global.

Mod Simple

Masukkan jumlah RM atau liter - kalkulator menunjukkan berapa liter yang diperolehi, harga sebenar pada pam, dan jumlah subsidi kerajaan untuk pengisian tersebut. Sesuai untuk pengiraan pantas di stesen minyak.

Mod Advanced

Selain pengiraan asas, mod Advanced membolehkan anda memasukkan jumlah liter yang telah digunakan bulan ini untuk menjejak kuota 200 liter. Ia juga memaparkan perbandingan harga lama (RM2.05) dan harga pasaran (RM4.27) supaya anda nampak penjimatan sebenar berbanding sebelum dan selepas BUDI95.

Perbezaan Simple Dan Advanced

CiriSimpleAdvanced
InputRM atau LiterRM atau Liter + liter sudah diguna
Subsidi kerajaanYaYa
Perbandingan harga lamaTidakYa (RM2.05)
Penjejakan kuota 200LTidakYa
Baki kuota selepas isiTidakYa

Formula Pengiraan

Kedua-dua mod menggunakan formula yang sama:

Untuk penjelasan terperinci dan contoh langkah demi langkah, lihat cara kira subsidi BUDI95 secara manual.

Contoh Pengiraan Popular

Jumlah RMLiter @ RM1.99Subsidi Kerajaan
RM2010.050 LRM18.89
RM5025.126 LRM47.24
RM10050.251 LRM94.47

Lihat lebih banyak senario di halaman contoh pengiraan BUDI95 termasuk situasi kuota habis separuh jalan.

Soalan Lazim Kalkulator

Adakah kalkulator ini tepat? Ia memberikan anggaran berdasarkan harga rasmi semasa. Jumlah sebenar di pam mungkin sedikit berbeza disebabkan pembundaran.

Mengapa paparan pam menunjukkan RM4.27? Pam memaparkan harga pasaran tanpa subsidi. Potongan subsidi berlaku selepas pengesahan MyKad. Baca penjelasan lengkap di mengapa pam menunjukkan RM4.27.

Berapa penjimatan bulanan saya? Bergantung kepada penggunaan. Pengguna 200L sebulan menjimatkan sehingga RM456 pada harga pasaran semasa. Lihat analisis penuh di penjimatan bulanan BUDI95.